Friday, 30 September 2011

~PENERAPAN MATAPELAJARAN SENI VISUAL DALAM LITERASI BAHASA~

MOZEK
  • Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. 
  • Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. 
  • Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. 
  • Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. 
  • Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah. 
  • Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodÊ, Âindirect methodÊ dan Âdouble direct methodÊ. 
  • Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.
  •  Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. 
  • Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. 
  • Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
kat sini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian tentang hasil mozekl yang telah saya  dan rakan - rakan saya hasilkan semasa bengkel liteasi bahasa..nampak simple, tapi cantik ~














huruf n,  ak yg buat!(berlagak gler),,first punsch kerts, then kerats yg dipunch 2 ditampal tanppa ada pertindihan dan membentuk huruf. berpeluh hidung nak siapkan satu n!

Saturday, 24 September 2011

Manfaat pengetahuan jamin kecemerlangan Bersama~




APABILA menyebut mengenai ilmu, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah Imam al-Ghazali dalam nasihat al-Muluk. Beliau mengatakan, manusia ada empat kategori. Pertama, seorang berpengetahuan dan tahu apa yang dia tahu. Dialah orang berilmu.
Kedua, orang berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu. Dialah pelupa. Hendaklah kamu mengingatkannya. Ketiga, orang tidak berpengetahuan dan sedar dia tidak tahu. Dia memerlukan tunjuk ajar. Hendaklah kamu mengajarnya.
Keempat, orang tidak berpengetahuan tetapi tidak tahu apa dia tidak tahu. Dialah orang yang bodoh. Hendaklah kamu memberikannya ilmu pengetahuan. Sudah tentu kita tidak mahu berada dalam kategori manusia terakhir.

Tetapi apabila direnungi, sejauh mana semangat kita menerokai dan berkongsi ilmu dalam persekitaran? Mungkin kita terfikir sejenak dan terbayang kesibukan setiap hari menguruskan rumah tangga, keluarga, kerja dan masyarakat.

Ini antara alasan sering disebut-sebut. Sedangkan apabila kita membaca kisah sahabat dan tabiin yang sanggup mengembara jauh dari Madinah ke Damsyik, semata-mata mencari ilmu, kita patut rasa malu pada diri sendiri dan kagum dengan mereka.

Mereka bermusafir hanya untuk mempelajari satu hadis daripada sahabat yang mendengar sendiri daripada Baginda Rasulullah SAW. Mereka memiliki semangat dan kecintaan tinggi terhadap ilmu.
Antara kisah masyhur ialah Said al-Musayyab, Abu Darda’ dikenali sebagai hakim al-ummah (kebijaksanaan umat) dan Abdullah Abbas, dikenali dengan hibr al-ummah (yang terpelajar dalam kalangan umat Islam) dan bahr al-ulum (lautan ilmu pengetahuan).

Hebatnya semangat mereka menjunjung ilmu walaupun terpaksa menempuh kepayahan sehingga melahirkan tamadun Islam yang gemilang. Semangat mereka itu patut kita jadikan iktibar selepas Allah dan Rasul-Nya membentangkan segala kelebihan ilmu kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa Allah inginkan kebaikan kepadanya, maka Dia akan memberikan kepadanya pemahaman mendalam dalam urusan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini membuktikan kebaikan tidak akan terhasil tanpa pemahaman ilmu membawa kepada kebaikan iaitu ilmu agama itu sendiri. Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk.

Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan.

Kepentingan ilmu termaktub dalam wahyu Allah, surah al-Alaq. Ibn Kathir dalam tafsirnya menerangkan ayat itu menunjukkan rahmat dan nikmat pertama Allah kepada hamba-Nya iaitu memerintahkan mereka mempelajari ilmu pengetahuan serta mengajarkan apa yang tidak diketahui.

Hal ini terlebih dulu dilakukan dengan mengurniakan serta memuliakan kita dengan akal. Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah mengatakan, umat Islam mendapat kedudukan mulia dan tinggi dalam dunia apabila mereka mempunyai ilmu pengetahuan.


Oleh itu, antara usaha Rasulullah SAW ialah meminta tawanan musyrikin dalam Perang Badar mengajar umat Islam membaca sebagai syarat tebusan.


Selaras tumpuan pembangunan masyarakat berteraskan pengetahuan yang diistilahkan sebagai K-Society, dalam alam pekerjaan ia perlu terus diberikan penekanan tinggi. Penguasaan ilmu secara langsung melalui kelayakan akademik semata-mata belum mencukupi menjamin kecemerlangan.


Sebaliknya, mereka yang kurang baik pencapaian akademik juga boleh mencapai kecemerlangan dalam kerjaya jika terus meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran berterusan sebagai usaha pembangunan kendiri.


Begitu juga bagi yang berada pada tahap tinggi dalam perjawatan, perkongsian bijak perlu digalakkan dalam organisasi supaya pengetahuan mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah pencapaian matlamat organisasi.


Ilmu pengetahuan itu bermanfaat apabila diamal dan dikongsi dengan orang lain. Ia menjadi sedekah paling baik.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pembudayaan ilmu adalah warisan Rasulullah SAW yang tidak ternilai. Justeru, pelihara warisan ini serta marilah kita menyemarakkan budaya penerokaan ilmu dalam persekitaran kerja untuk manfaat diri dan organisasi.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 
sumber dipetik dari : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kongsiilmusedekahterbaik/Article

Friday, 23 September 2011

BUKU POP UPS PERTAMA KAMI!

kwan2 kwan semua, post kali n ak nak kongsi hasil titik pelu, perit jerih dan air mata kumpulan kami dalam menyiapkan project tuk mte 3103 sem 2 n..post kali ni, ak tunjuk dulu buku pop- up yang kami hasilkan..biarpon x lawa, tapi, kami semua bangga dengan hasil kerja kami!!!..
kepada yang berminat nak belajar, nak tambah tahu serba sedikit pasal buku pop ups n, blhla komen dan msg ak tanpa segan silu..ilmu untuk dikongsi, buak disimpan seorang diri,,:)


muka surat pertama buku pop up kami yang saya sendiri hasilkan.tengok mulut ayam 2! ayam 2 akan bercakap bila sahaja buku ini dibuka!
Kami mengambil masa beberap minggu untuk menyiapkan buku n., kami terpksa bahagikan masa kami tuk coursework kami yg lain dan klas yang padat..buku pop ups sememangnya salah satu alat bantu mengajar yang boleh  guru - gur hasilkan untuk membantu sesi pnp mereka. ini kerana, buku pop up ini amat menarik dan berwarna warni,,

KAEDAH ISIHAN BUIH DAN TUKAR GANTI

 ISIHAN
·         Definasi: Salah satu tugas pemprosesan data yang paling biasa adalah isihan ataupun sorting yang mana susunan atau senarai yang  tidak tertib ke dalam susunan yang tertib mengikut perintah angka atau abjad.
·         Dalam menyiapkan tugasan pada kali ini, saya dikehendaki mengisih senarai nama murid dengan menggunakan isihan tukar ganti dan isihan buih.
Isihan Tukar Ganti
ü  Isihan tukar ganti dilakukan dengan membandingkan elemen dalam sususnan dan tukar ganti/ swap apabila ada yang tidak berada dalam kedudukan yang betul. Perbezaan antara isihan tukar ganti dan isihan buih adalah cara di mana mereka membandingkan unsur-unsur.
ü  Dalam kaedah ini, kita dapati bilangan terkecil di dalam senarai atau set didapati dan pertukaran dengan bilangan pada kedudukan pertama.
ü  Kemudian kita dapati bilangan kedua terkecil tidak termasuk yang pertama ditemui, dan swap (tukar) dengan nombor di kedudukan kedua.
ü  Proses ini berterusan sehingga senarai disusun.
ü  Contoh isihan tukar ganti:
Tatasunan       : ( 7 5 2 4 10 1 )
Saiz susunan  : 6
Laluan
Susunan
0
7  5  2  4  10  1
1
1  5  2  4  10  1
2
1  2  5  4  10  7
3
1  2  4  5  10  7
4
1  2  4  5  10  7
5
1  2  4  5  7  10
·         Nombor yang bertulisan merah menandakan susunan yang telah betul kedudukannya
Menganalisis isihan tukar ganti
ü  Bagi contoh diatas, nombor bagi perbandingan di laluan yang pertama ialah 5, laluan ke-2 ialah 4, laluan ke-3 ialah 3, laluan ke-4 ialah 2 dan laluan ke- 5 ialah 1.
ü 
5 + 4 +3 +2 +1 = 15 perbandingan
Hasil tambah bagi bilangan perbandingan di setiap laluan memberikan


ü  Bilangan pertukaran yang maksimum dalam satu laluan ialah 5.
ü  Untuk saiz senarai 6, 5 laluan diperlukan untuk memastikan senarai itu tersusun dalam keadaan yang dikehendaki.


Isihan Buih
*      Kaedah isihan ini di kenali isihan buih kerana nombor yang kecil akan meningkat secara beransur – ansur dalam senarai seperti buih dalam gelas.
*      Isihan buih mudah difahami tetapi hanya sesuai untuk melakukan isihan bagi bilangan data yang kecil kerana masa yang diambil untuk melaksanakan proses isihan adalah lama.
*       Proses algoritma isihan buih:
1.    Perbandingan diantara unsur-unsur tatasusunan yang bersebelahan akan dilakukan dari bawah keatas tatasusunan.
2.    Penukaran kedudukan akan dibuat apabila unsur berada dalam susunan yang tidak terisih.
3.    Bagi isihan secara menaik, unsur-unsur yang bernilai besar akan naik ke bahagian atas tatasusunan.
4.    Pada laluan pertama, nilai paling besar dalam senarai akan dipindah ke tempat paling atas tatasusunan, laluan kedua pula akan menempatkan nilai kedua besar di bahagian kedua atas tatasusunan dan proses ini akan berterusan sehingga nilai laluan menyamai nilai saiz senarai.



Menganalis Isihan Buih
·         Hanya bilangan unsur yang perlu diisih sahaja yang membezakan bilangan perbandingan ini. Secara amnya, bilangan perbandingan dalam isihan buih dapat dinyatakan seperti berikut:

(n-1)+(n-2)+…….+2+1= n(n-1)/2

·         Contohnya, tatasusunan [7 8 3 1 6],
-          terdapat 5 unsur perlu diisih dan jumlah perbandingan yang perlu dibuat dalam isihan ini ialah (5-1) + (5-2) + (5-3) + (5-4) = 4 + 3 + 2 + 1 = 10.
-          Untuk membuat isihan menaik tasasusunan [7 8 3 1 6] atau [8 7 6 3 1] atau
[1 3 6 7 8] memerlukan 10 bilangan perbandingan yang sama.

·        




Sunday, 7 August 2011

HUKUM SHALAT BERJAMA’AH BAGI WANITA

HUKUM SHALAT BERJAMA’AH BAGI WANITA

         Shalat berjama’ah di masjid wajib hukumnya, dimana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa shalat jama’ah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan. Padahal tidaklah demikian, ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengkecualian dan pengkhususan. Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkannya shalat berjama’ah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan Ijma’ (kesepakatan) Ulama. Adapun dibolehkannya mereka ikut serta dalam shalat berjama’ah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri shalat berjama’ah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama.”(Lihat Al Muhalla 4:196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk shalat di rumahnya kerana fadhilah (keutamaan)nya lebih besar dibandingkan dengan shalat berjama’ah di masjid. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada seorang wanita :


“Shalat di kamarmu lebih utama daripada shalat di rumahmu. Shalat di rumahmu lebih utama daripada shalat di masjid kaummu” (HR. Ibnu Khuzaimah)

Hadits tersebut tidak bertentangan dengan hadits yang berbunyi:

“Shalat di masjidku lebih utama seribu shalat dibandingkan dengan shalat di masjid-masjid yang lainnya” (HR. Muslim)

Berkata Syaikh Al Albani rahimahullah : “Hadits ini tidak menafikan bahawa shalat-shalat mereka (para wanita) di rumahnya lebih utama bagi mereka, sebagaimana tidak dinafikannya pula keutamaan shalat sunnah di rumah bagi lelaki dibandingkan jika dilakukan di masjid. Akan tetapi jika dia (lelaki) shalat fardhu di salah satu masjid yang tiga (Mekah, Madinah dan Aqsha), maka mereka mendapat keutamaan-keutamaan dan kekhususan-kekhususan dibandingkan shalat di masjid-masjid lainnya, demikian pula halnya bagi wanita.” (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah :156)

Di dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka” (HR. Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani rahimahullah ketika menjelaskan lafadz Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka, maksudnya adalah “Shalat-shalat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan shalatnya di masjid. Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka (shahabiyah) meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada shalat di rumahnya”(Lihat Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa shalat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada shalat di masjid. Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita shalat di rumahnya dengan berjama’ah atau shalat sendiri. Dan apakah shalat jama’ahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (yakni lebih utama 27 darjat)?” Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadits “Shalat berjama’ah lebih utama dibandingkan shalat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. ” Apakah hadits tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?”




Dengan demikian maka shalat jama’ah wanita di rumahnya tidak termasuk dalam keutamaan itu (dua puluh lima atau dua puluh tujuh darjat), tetapi mereka mempunyai keutamaan tersendiri baik dia shalat di rumahnya dengan berjama’ah atau tidak berjama’ah hal ini lebih utama daripada shalatnya di masjid. -Wallahu a ‘lam bishawab-

Adab-adab Wanita Ke Masjid

Keutamaan shalat wanita di dalam rumahnya sebagaimana telah dijelaskan di atas tidak menafikan bolehnya para wanita shalat berjama’ah di masjid, bahkan wali atau suami tidak boleh melarang mereka jika mereka hendak shalat berjama’ah di masjid, tentunya dengan beberapa syarat.

    Menyoroti hadits-hadits di atas, Imam Nawawi ر­مه الله berkata: “Hadits ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama’ yang diambil daripada hadits-hadits iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilewati. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas”. (Lihat Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Berkata Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baaz ر­مه الله : “Tidak diperbolehkan bagi si suami untuk mencegah isterinya yang hendak ke masjid, namun shalatnya (isteri) lebih utama di rumahnya dan wajib atasnya menjaga adab-adab Islam iaitu mengenakan pakaian yang menutupi auratya, menjauhi pakaian-pakaian yang tipis dan pakaian yang menampakkan lekuk tubuhnya kerana sempit, tidak memakai wangi-wangi, tidak ikhtilat dengan lelaki lain pada shaf mereka namun di belakang shaf mereka. Sungguh telah ada wanita-wanita pada zaman RasuluIlah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar ke masjid dengan mengenakan jilbab-jilbab dan shalat di belakang kaum lelaki”. (Lihat Fatawa Al Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyah Wal Ifta 7:336)



Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.


......selamat membaca dan amalkan!...RR