ISIHAN
· Definasi: Salah satu tugas pemprosesan data yang paling biasa adalah isihan ataupun sorting yang mana susunan atau senarai yang tidak tertib ke dalam susunan yang tertib mengikut perintah angka atau abjad.
· Dalam menyiapkan tugasan pada kali ini, saya dikehendaki mengisih senarai nama murid dengan menggunakan isihan tukar ganti dan isihan buih.
Isihan Tukar Ganti
ü Isihan tukar ganti dilakukan dengan membandingkan elemen dalam sususnan dan tukar ganti/ swap apabila ada yang tidak berada dalam kedudukan yang betul. Perbezaan antara isihan tukar ganti dan isihan buih adalah cara di mana mereka membandingkan unsur-unsur.
ü Dalam kaedah ini, kita dapati bilangan terkecil di dalam senarai atau set didapati dan pertukaran dengan bilangan pada kedudukan pertama.
ü Kemudian kita dapati bilangan kedua terkecil tidak termasuk yang pertama ditemui, dan swap (tukar) dengan nombor di kedudukan kedua.
ü Proses ini berterusan sehingga senarai disusun.
ü Contoh isihan tukar ganti:
Tatasunan : ( 7 5 2 4 10 1 )
Saiz susunan : 6
Laluan | Susunan |
0 | 7 5 2 4 10 1 |
1 | 1 5 2 4 10 1 |
2 | 1 2 5 4 10 7 |
3 | 1 2 4 5 10 7 |
4 | 1 2 4 5 10 7 |
5 | 1 2 4 5 7 10 |
· Nombor yang bertulisan merah menandakan susunan yang telah betul kedudukannya
Menganalisis isihan tukar ganti
ü Bagi contoh diatas, nombor bagi perbandingan di laluan yang pertama ialah 5, laluan ke-2 ialah 4, laluan ke-3 ialah 3, laluan ke-4 ialah 2 dan laluan ke- 5 ialah 1.
ü
5 + 4 +3 +2 +1 = 15 perbandingan |
ü Bilangan pertukaran yang maksimum dalam satu laluan ialah 5.
ü Untuk saiz senarai 6, 5 laluan diperlukan untuk memastikan senarai itu tersusun dalam keadaan yang dikehendaki.
Isihan Buih
1. Perbandingan diantara unsur-unsur tatasusunan yang bersebelahan akan dilakukan dari bawah keatas tatasusunan.
2. Penukaran kedudukan akan dibuat apabila unsur berada dalam susunan yang tidak terisih.
3. Bagi isihan secara menaik, unsur-unsur yang bernilai besar akan naik ke bahagian atas tatasusunan.
4. Pada laluan pertama, nilai paling besar dalam senarai akan dipindah ke tempat paling atas tatasusunan, laluan kedua pula akan menempatkan nilai kedua besar di bahagian kedua atas tatasusunan dan proses ini akan berterusan sehingga nilai laluan menyamai nilai saiz senarai.
Menganalis Isihan Buih
· Hanya bilangan unsur yang perlu diisih sahaja yang membezakan bilangan perbandingan ini. Secara amnya, bilangan perbandingan dalam isihan buih dapat dinyatakan seperti berikut:
(n-1)+(n-2)+…….+2+1= n(n-1)/2 =
· Contohnya, tatasusunan [7 8 3 1 6],
- terdapat 5 unsur perlu diisih dan jumlah perbandingan yang perlu dibuat dalam isihan ini ialah (5-1) + (5-2) + (5-3) + (5-4) = 4 + 3 + 2 + 1 = 10.
- Untuk membuat isihan menaik tasasusunan [7 8 3 1 6] atau [8 7 6 3 1] atau
[1 3 6 7 8] memerlukan 10 bilangan perbandingan yang sama.
·
No comments:
Post a Comment